Monday, June 22, 2009

PESANAN UNTUK PENGEDAR

MEMBUAT PESANAN PRODUK

* Pengedar yang berhasrat untuk membuat pesanan produk daripada stokis utama untuk terus dihantar (pos) kepada pelanggan hendaklah mematuhi syarat2 berikut:

1. Kes2 urgent sahaja~seperti terputus bekalan mendadak/ tidak terduga.
Pengedar disarankan agar menyediakan stok yang secukupnya untuk jualan/ walaubagaimanapun kami berusaha untuk membantu anda pada bila2 masa mengikut budi bicara dan kelapangan kami..insya Allah.

2. Memaklumkan nama produk/ kuantiti.
(Stokis akan mengesahkan total bayaran beserta caj pos)

3. Membuat bayaran ke akaun stokis (harga pengedar, pos).

4. Keuntungan pengedar ini akan dikira mengikut harga Pengedar ke3 . Rujuk lampiran Harga Pengedar di dalam fail Pengedar.

5. Perlu ditekankan di sini, ini kerana stokis utama kekurangan kaki tangan untuk menguruskan semua proses pemasaran produk dan tujuan diwujudkan sistem Pengedar itu sendiri adalah untuk mengatasi masalah tersebut .

PENGEDAR TIDAK AKTIF

1. Pengedar yang tidak aktif dan ingin berhenti atau berehat digalakkan untuk memaklumkan kepada stokis utama dan berhak untuk memohon agar nama dipadamkan daripada senarai pengedar, agar tidak menimbulkanl sebarang masalah kepada pelanggan.

2. Pengedar ini boleh memaklumkan nombor stokis utama atau mana2 pengedar lain utk terus dirujuk oleh pelanggan.

3. Stokis Utama berhak memadamkan nama dan telefon pengedar di laman utama blog, bagi pengedar yang tidak mengaktifkan pembelian dalam tempoh setahun. (sekurang2nya 3x pembelian setahun)

3. Semoga ianya dapat menjaga kemaslahatan semua pihak yang terlibat. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang tidak baik datang daripada diri saya sendiri. Wallahua'lam.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah ...

SALAM UKHUWWAH YANG BERPANJANGAN DARIPADA KAMI DI STOKIS UTAMA.

No comments:

borders